Wednesday 27 April 2011

Cinta Rasul

KEWAJIPAN MENYUSUL BERIKUTAN CINTA
KEPADA NABI KITA MUHAMMAD S.A.W

           

                  Sesekali sekali elok kita bertanya diri kita apakah sambutan maulid al Rasul yang kita adakan merupakan perkara asas dan penting ataupun ia hanya satu peristiwa tahunan biasa sahaja. Bagi orang Islam tentunya kita mempunyai tanggapan yang khusus iaitu apa  jua aktiviti yang diadakan sempena sambutan maulid Al-Rasul adalah atas dasar keimanan kita dengan Nabi Muhammad S.A.W. Rasa cinta dan kasih sayang serta keimanan dengan Baginda kita di tunjukkan dengan pelbagai cara seperti perarakan, ceramah marhaban, berzanji dan lain lain lagi. Dengan kata lain kita ingin melihat bahawa apa jua aktiviti yang diadakan sempena sambutan sama ada  merupakan perkara yang asas ataupun sampingan dalam siri mempercayai Baginda sebagai Rasulullah.

2. Kewajipan

Dalam Al-Quran Allah menjelaskan melalui beberapa ayat-Nya bahawa semua makhluk yang dijadikan mempunyai tugas dan tujuan yang tertentu, tiada suatu pun makhluk yang Allah jadikan sia-sia tanpa mempunyai tugas dan tanggungjawab. Dalam hubungan ini Al-Quran menjelaskan bahawa tangungjawab Muhammad Rasullullah S.A.W ke atas umatnya dan alam seluruhnya. Dalam surah Al-Araf ayat 157, Allah menyebut cara khusus dan jelas sebahagian dari tanggungjawab Rasul kepada umatnya dan kewajipan umat Muhammad S.A.W. Dalam ayat di atas ada enam tanggungjawab Rasul kepada umatnya yang mesti dilaksanakan dengan sempurna ,tanggungjawabnya adalah:

2.1 Menyuruh Yang Makruf
2.2 Menegah yang mungkar
2.3 Menghalalkan makanan yang baik –baik
2.4 Mengharamkan makan yang keji
2.5 Menghilangkan beban tanggungan yang berat-berat
2.5 Menghilangkan belengu yang menyusahkan umatnya





2.1.1 Menyuruh Yang Makruf

Perkataan Al-makruf bermakna yang dikenali iaitu yang dipersetujui atau yang disepakati atau diterima oleh semua manusia dan masyarakat. Contohnya makruf yang pertama Muhammad S.A.w menyuruh supaya umatnya menyembah kepada Allah yang satu dan ini merupakan suatu yang boleh diterima oleh semua orang. Keyakinan ini sekaligus melarang umatnya, menyembah kepada Tuhan-tuhan selain Allah seperti Patung, Matahari, Bulan dan lain-lain yang diistilah sebagai Thagout. Meyembah kepada Yang Satu seperti penyembahan orang yang beriman kepada Allah itu dapat diterima oleh semua manusia  dalam segenap lapisan. Menyembah pada Tuhan yang menenang hati dan fikiran dan jelas hala tujunya berbanding dengan penyebahan kepada makhluk yang dianggap tuhan-tuhan yang mereka sembah itu. Perkara ini merupakan kerungsingan dan ketidaktenteraman dalam fikiran dan hati manusia. Sebab itulah awal-awal lagi antara tugas yang Baginda menyeru kepada umatnya ialah dengan mengatakan bahawa Allah ) maksud surah al-Ihklas ayat 112 1-4) surah ini menuntut manusia menghindarkan penyembahan kepada tuhan yang banyak kepada satu tuhan iaitu Allah contoh lain yang dapat dimisalkan seperti seorang pekerja yang mempunyai seorang bosnya beranding dengan pekerja yang memounyi ramai bos bos akan  mewujudkan rasa tidak tenteram kepada seorang pekerja   berbanding dengan berkhidmat dengan ramai bos-bos.  Bagitulah contoh mudahnya  bagaimana menyembah Allah yang satu menimbulkan kententeraman  dan ketenangan dalam hatinya berbanding dengan menyembah kepada tuhan yang banyak.

2.12. Menegah Yang Mungkar

Muhammad S.A.W dilahirkan ditengah tengah masyarakat yang rosak cara hidupnya yang dikenali dengan masyarakat jahiliah. Dalam masyarakat bentuk ini banyak perkara mungkar berlaku seperti pembunuhan, pencurian penipuan dan berbagai bagai lagi kemungkaran. Al makruf bermakna perkara yang dapat diterima oleh semua masyarakat seperti contoh disebut di atas sementara almunkar ialah perkara yang bertentangan dengan fitrah murni jiwa dan perasaan manusia yang sehat. Dengan makna lain mungkar maknanya perkara yang ditolak oleh hati dan fikiran yang sihat yang bermakna juga perkara mungkar itu perkara yang ditolak oleh hati dan fikiran yang sihat.




Contohnya perbuatan mencuri membunuh penipuan adalah perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hati yang sihat dan inilah tugas kedua Baginda  melarang manusia melakukan perkara mungkar yang yang telah lama berlalu di dalam masyarakat jahiliah.  Banyak lagi contoh-contoh mungkar yang diperintahkan Oleh Allah kepada baginda untuk menyampaikan kepada umatnya dan menghapuskan dari masyarakat dan umatnya.

2.1.3 Menghalalkan Makanan Yang Baik-Baik

Tugas yang ketiga Baginda untuk dilaksanakan ialah menghalalkan makanan yang baik–baik. Maksud makanan yang baik dan halal banyak di jelaskan dalam kitab Fikah dan Al Quran menjelaskan hanya secara ringkas  sahaja . Dengan demikian Allah mengharamkan bangkai, darah yang mengalir, daging babi dan binatang yang disembelih bagi tujuan selain Allah, inilah antaranya maksud menghalalkan makan yang baik-baik. Untuk lebih jelas sila rujuk Al-Quran pada surah 5, ayat 3 di sana akan menerangkan antara perkara-perkara yang baik sebagai lawan kepada maksud ayat tersebut. Makanan yang baik-baik antara ciri-cirinya ialah Halalan Tayibbah. Taiban dalam sayuran  dan buah-buahan yang tinggi grednya dan makanann dan taiyiban itu yang menepati kehendak piramid makanan dengan  mengambil kira kandungan zatnya, kalsiumnya, karbohidratnya dan lain-lain dimensi dalam kaedah sistem makanan berpiramid. Dalam bentuk bintang ternakan halal itu bermakna disembelih dengan kaedah Syariee dan ternakan itu kepunyaan sendiri dan bukan ternakan yang dicuri. Secara khususnya sendiri pembaca boleh merujuk kepada surah di atas dan buku yang dikarang oleh  Prof. Dr. Yusuf Al-Qardawi bertajuk ‘ Halal Dan Haram Dalam Islam’

2.1.4 Mengharamkan Makanan Yang Keji

Tugas Baginda yang keempat ialah mengharamkan makanan dan perbuatan yang keji. Perbuatan yang keji itu ialah perbuatan  yang bertentangan dengan Syari’ dan bertentangan juga dengan cita rasa dan penerimaan fikiran dan hati. Satu contoh makanan  yang keji itu ialah memakan bangkai. Banyak lagi contoh-contoh makan yang keji seperti memakan babi, anjing, makanan yang dicuri, makanan hasil dari perjudian. Perkara ini termasuk salah satu tugas Rasul kita untuk sampaikan kepada umatnya.




Makanan merupakan perkara yang amat penting dalam kehidupan bukan sahaja ia bagaikan penyambung nyawa tetapi lebih dari itu makanan itu akan menghasilkan zuriat dan keturunan dan anak-anak yang akan dilahirkan .Kalaulah pembentukan air mani itu dihasilkan dari makanan yang haram dan keji seperti yang disebutkan di atas maka ianya boleh  meninggalkan kesan negatif kepada zuriat orang yang terlibat
.

2.1.5  Menghilangkan Beban Tanggungan Yang Berat-Berat

Tugas Rasul yang kelima ialah menghilangkan beban dan amalan yang berat-berat yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat dan sekaligus menggantikannya dengan amalan yang lebih ringan dan tidak memberatkan yang terdaya dipikul oleh umatnya.   Allah menjelaskan dalam Al-Quran dalam ayat yang bermaksud:

“Allah tidak membebankan seseorang kecuali mengikut  kemampuannya”

Dalam amalan taubat agama Yahudi Allah meminta Nabi Musa A.S meyampaikan kepada Bani Israel bahawa kalau mereka hendak bertaubat dan taubatnya  diterima Allah, mereka terpaksa membunuh diri barulah taubat mereka diterima Allah. Perbuatan membunuh diri adalah merupakan salahsatu contoh yang memberatkan dan menyusahkan. Denagn demikian dalam syariat yang dibawa oleh Muhammad S.A.W tidak perlu membunuh diri untuk bertaubat sebaliknya taubat umat Muhammad memadai dengan taubat Nasuha.

Perkara ini Allah jelaskan dalam surah 66 ayat 8. Taubat Nasuha pertamanya telah dilaksanakn oleh Nabi Adam bersama dengan isterinya Hawa. Baginda berdua telah bertaubat Nasuha hanya kerana termakan buah larangan iaitu Buah Khuldi. Apatah lagi umat Muhammad S.A.W yang setiap waktu menzalimi dirinya,patutlah lebih banyak bertaubat. Sebab itu umat Muhammad diseru berdoa dengan doa yang dibaca oleh Nabi Adam dan Hawa bermaksud;

“ Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami kalau Engkau tidak ampuni kami dan kasihi kami, nescaya kami termasuk golongan orang yang rugi”
 ( surah Al-Araf:22)



Contoh yang terkini mungkin dapat dilihat bagaimana mudahnya amalan yang disampaikan oleh Muhammad S.A.W. berbanding dengan amalan menyembah dan memuja makhluk yang dianggap keramat lebih susah kerana mereka akan mengenakan pelbagai syarat dan pertaruhan seperti terpaksa membawa nasi kunyit, sembelihan, malah sebahagiannya meminta taruhan wang ringgit. Perkara ini semua menyusahkan.

 Oleh itu perintah yang Allah berikan kepada Muhammad untuk memudahkan amalan umatnya tetapi jangan dipermudahkan sebagai lawan kepada perbuatan-perbuatan yang menyusahkan sebahagiannya saya sebutkan di atas. Banyak lagi contoh-contoh lain yang menyusahkan masyarakat untuk melaksanankannya dan menjadi tanggungjawab Rasul kita untuk menghapuskan amalan yang berat dan menyusahkan dan ini merupakan tugas Baginda yang kelima.



2.1.6 Menghilangkan Belenggu Yang Menyusahkan Kehidupan Umatnya


Satu lagi tugas Baginda yang merupakan tugas terakhir dari surah 7, ayat 157 ialah menghilangkan belenggu yang menyusahkan dan memberatkan umatnya. Contoh yang boleh diberi dalam kes ini ialah soal mendirikan solat. Umat Muhammad disuruh bersolat dan boleh dilaksanakan asalkan pakaiannya bersih dan boleh didirikan di atas  bumi yang brsih kerana pada dasarnya Allah jadikan bumi itu bersih. Tidaklah seperti umatnya sebelum ini khasnya Yahudi yang bersembahyang mesti di Gereja dan pakaian formal untuk tujuan sembahyang. Banyaklah lagi contoh-contoh yang menyusahkan umat sebelumnya telah dibuang dan tidak terdapat dalam syariat Nabi Muhammad S.A.W dan inilah antara tugas terakhir Baginda iaitu menghindarkan amalan-amalan yang menyusahkan kehidupan umatnya dengan menggantikannya amalan yang memudahkan.

Di atas telah disebutkan tugas-tugas asas yang menjadi kewajipan Rasul untuk dilaksanakan dan Rasul telah menjalankan tugasnya dengan penuh amanah. Baginda juga telah menasihati umatnya. Semua tugas-tugas Baginda telah dijalankan dengan sempurna, tidak ada ruang yang boleh kita audit bagi mendapatkan kelemahan dan kekurangan yang menunjukkan Rasul tidak menjalankan tugasnya.  Baginda  telah menjalankan tugasnya dengan penuh kecemerlangan.

Sekarang sampailah kita melihat diri kita sebagai umat ini sama ada  kita telah menjalankan tugas asasi atau tugas sampingan. Dalam hubungan ini umat Muhammad mempunyai tugas yang asas dalam menanggapi baginda sebagai Rasullullah. Dengan mengetahui asas tanggapan umtu kepada Baginda dapatlah memberi kita panduan apa yang terpenting, penting dan kurang penting. Sambutan Maulid Al-rasul penting tetapi ada perkara-perkara yang terpenting dalam siri berimana kepada baginda. Beriman kepada baginda adalah merupakan salah satu Rukun Iman. Yang keenam. Lima Rukun iman Allah sebutkan dalam surah ke 4, ayat 136  dalam ayat ini Allah menyebutkan 5 rukun iman iaitu percaya kepada Allah, percaya kepada Malaikat, percaya  dengan kitab-kitabNya percaya kepada Rasul-rasulNya dan Percaya dengan Hari Kiamat. Sementara satu lagi Rukun Iman iaitu percaya dengan Qada dan Qadar terdapat dalam surah 9 ayat 51.


Satu daripada rukun iman itu ialah percaya dengan Rasul-rasulNya. Sepanjang kehidupan manusia atas muka bumi ini sejak daripada Nabi Adam dan umatnya, tidak putus-putus Allah mengutuskan Rasul-rasulNya dan Nabi-nabi sebagai salah satu rahmatNya ke atas muka bumi ini dengan memberi tunjuk ajar, bimbingan dari masalah sebesar-besar kehidupan manusia seperti mengenal Allah hinggalah kepada sekecil-kecil urusan kehidupan manusia umpama tukaran barangan dan transaksi yang dikenali sebagai Muamalah ditunjuk, diajar dan dicontohi cara pelaksanaannya Secara khususnya mengikut surah 7 ayat 157 terdapat ringkasan tugas umat pada RasulNya Muhammad S.A.W . Antara kewajipan itu ialah:

i.                     Beriman dengan Baginda
ii.                   Memuliakan Baginda
iii.                  Menolong Baginda dan
iv.                Mengikuti cahaya (Al-Quran) yang diturunkan kepada Baginda.

Tugas-tugas umat kepadanya hendaklah dijalankan dengan sempurna sebagaiman sempurna Baginda menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan Allah. Oleh yang demikian sempena dengan sambutan mauldi Al-Rasul yang kita sambut setiap tahun ini sekurang-kurangnya dapat menyedarkan kita sama ada tanggungjawab yang terpenting telah kita laksanakan atau belum.



       Sudahkah selesai tanggungjawab kita atau tanggunjawab kita belum selesai. Aktiviti yang kita jalankan dalam program yang kita adakan sempena sambutan maulid alrasul seperti berarak, berzanji, bernasyid, pengurniaan anugerah dan lainnya penting tetapi terdapat perkara yang terpenting dalam siri beriman dengan Rasul kita Muhammad S.A.W. perkara yang terpenting dalam hubungan menganggapi Baginda sebagai rasul adalah seperti berik






i.     Beriman Dengan Baginda

Kewajipan umat yang pertama ke atas baginda ialah beriman dengan baginda yang melibatkan enam dimensi. Dimensi itu ialah:

·         Muhamad Rasul Allah
·         Muhammad menjadi rahmat kepada sekelian alam
·         Muhammad menjadi contoh telada unggul sepanjang zaman
·         Muhammad menjadi rasul kepada semua manusia
·         Muhammad menjadi wali (tempat bergantung)
·         Muhammad menjadi Rasul terakhir.



            Bila bercakap mengenai keimanan dengan Rasul khasnya rasul kita Muhammad S.A.W maka ia melibatkan sekurang-kurang 6 komponen dia ats . Kompenon pertama umat kena beriktikad dan berkeyakian bahawa Muhammad adalah Rasululah. Pengakuan ini memberi makna bahawa mohad S.A.W hanya rasul. Jangan lebih-lebihkan seperti orang Yahudi dan nasrani melebih-lebihkan Nabi ‘Uzair dan nabi Isa sebagai anak Allah. Orang yahudi mengaku bahawa nabi uzair itu anak Allah dan orang nasrani mengaku bahawa nabi isa anak Allah.




             Akidah orang Islam mengakui bahawa Muohd S.A.W itu anak kepada bapanya yang bernama abdullah dan ibunya yang bernama Aminah, dia bukan anak Allah. Inilah perkara utama yang mesti jelas dalam pengetahuan umat Muhammad iaitu baginda mati (wafat). Sebagai Rasul dan nabi sebelum baginda, rasul Isa as pun wafat sekadarkan wafatnya tidak sama dengan wafatnya rasul dan nabi-nabi yang lain. Sebagi makhluk rasul dan nabi  wafat yang tidak mati ialah Allah, semua makhluk binasa yakni mati. Dalam satu ayat Al-Quran Allah menyebutkan semua makhluk binasa kecuali Allah.


            Dimensi kedua yang melibatkan pengakuan beriman umatnya dengan baginda ialah Muhammad adalah Rasul sekelian alam, Rasul-rasul terdahulu seperti nabi Syuib diutuskan kepada hanya dua negara yang bernama Madian dn Al-Muktafikat, Nabi Salleh yang diutus kepada kaumnya yang bernama Syamud sahaja. Muhammad tidak mendakwa kemuliaan kaumnya  seperti dakwaan kaum Yahudi yng mendakwa kaumnya lebih mulia dari kaum yang lain. Kemuliaan satu kaum itu bukan atas dakwaan umat tetapi  Pengiktrafan Allah kepada kaum yang mulia iaitu berdasarkan kepada ketakwaannya di sisi Allah.


            Dimensi ketiga yang melibatkan berimana dengan Nabi Muhammad S.A.W itu ialah menjadikana Muhammad S.A.W sebagai contoh yang ideal. Contoh yang ideal itu dalam Al-Quran disebutkan sebagai Uswatun Hasnah yakni bermaksud contoh yang tidak lekang dek hujan dn tidak luput dek panas. Baginda menjadi contoh yang unggul dan tauladan sejak lahir sehinggalah hari kiamat. Itulah maksud Baginda berada dalam dimensi Uswatun Hasanah.









      Umat Muhammad tidak wajar menggelari baginda selain gelaran yang Allah beri kepada Baginda kerana terdapat umat yang tidak faham lantas memberi gelaran idola kepada Baginda.


Mereka menyatakan Muhammad itu sebagai idola. Idola bermkna orang yang terror dalam sesuatu bidang pada masa yang singkat seperti Muhammad Ali, pernah menjadi idola dalam dunia tinju dalam masa kurang lebih kurang satu dekad. Dalam hubungan in Muhammad Ali adalah  Idola dunia tinju. Contoh lain Rudi Hartono pernah menjadi Idola dalam dunia badminton kurang lebih sepuluh kejuaraan yang dimenanginnya dalam kejohanan badminton Seluruh England. Dalam hubungan ini beliau layak digelar idola, itu pun dalam bidang badminton dan masa yang terhad sahaja, gelaran Muhammad S.A.W ialah Uswatun Hasanah iaitu contoh tauladan sepanjang zaman sejak lahirnya hingga ke hari kiamat.


      Dimensi yang keempat ialah Muhammad S.A.W sebagai Rasul kepada seluruh manusia tidak tertentu untuk orang Arab yang menkadi bangsanya dan tidak utnuk  orang Quraish yang menjadi puaknya tetapi baginda adalah Rasul unuk semua.


      Dimensi yang kelima berikutan dengan keimanan kita dengannya ialah umat kena menangangi dia sebagai Al-Wali, bermakna tempat kita merujuk dan menjadikan ia sebagai tempat berpaut. Hal ini Allah jelaskan dalam surah yang ke 5 ayat 55.












                  Dimensi yang terakhir berikutan dengan keimanan dengan baginda ialah baginda rasul dan Nabi yang terakhir. Dan tiada lagi Rasul selepas Baginda. Hakikat ini Allah jelaskan dalam surah yang ke 33 ayat 40. Berikutan dengan kenyataan ini tidak tidak boleh ada dakwaan dari umatnya yang mengaku bahawa dia Rasul atau Nabi kepada Bangsa seperti Melayu, Jawa, India dan sebagainya. Maka dakwaan yang mengatakan dia Rasul untuk orang Melayu atau dakwaan yang mengatakan dia rasul untuk orang India.dakwaan yang sebgini adalah bathil dan palsu. Akidah umat Muhaamd S.A.W mengakui bahawa Baginda adalah Rasul dan Nabi yang terakhir tiada Rasul dan  tiada Nabi selepas  Baginda.

ii.    Memuliakan Baginda

      Dimensi utama yang kedua berikutan dengan keimanan umat dengan Baginda ialah mengadakan usaha-usaha yang dapat diterjemahkan sebagai memuliakan Baginda. Umat tidak wajar mengadakan usaha atau aktiviti yang boleh menghina Baginda. Program Perarakan dan lain-lain aktiviti memenuhi Baginda. Banyaklah lagiaktiviti yang dapat dijirus ke arah memuliakan Baginda seperti berelawat membaca Sirah Baginda seperti berselawat, membaca Sirah Baginda yang terdapat antaranya dalam Kitab Al-Berzanji dan aktiviti marhaban untuk memuliakan Baginda termasuk menziarahi pusara Baginda yang terletak di masjidnya di madinah. Usaha lain untuk memuliakan Baginda ialah menghormati dan memuliakan waris Baginda yang masih berada di muka bumi ini iaitu orang-orang alim. Oleh sebab itu, Baginda pernah menegaskan bahawa orang-orang alaim itu pewaris kepada Nabi- nabi. Beliau juga termasuk dalam gologan nabi dan Rasul. Aktiviti lain yang boleh dianggap memuliakan Baginda ialah mengamalkan sunnahnya.








      Inilah antara tugas terutama umat umat ke atas baginda iaitu memuliakan Baginda. Banyak lagi contoh-contoh yang boleh dianggap memuliakan baginda yang patut digalas oleh umat Baginda termasuk mempunyai kekayaan diri, kekayaan ilmu, kekayaan akhlak kekayaan budubicara kekayaan sopan-santun dan sebagainya semuanya itu boleh dimasukkan dalam aktiviti memuliakan baginda. Ini bermakna kalau umatnya miskin budi bahasa, miskin harta, miskin ilmu miskin personaliti jiwanya sebagai orang Islam boleh menjejaskan perghormatan dan kemuliaan Baginda.



iii.   Menolong Baginda

      Dimensi ketiga tugas terutama umat kepada Baginda ialah mengadakan usaha-usaha untuk menolong Baginda. Umat walau pun sedaif mana masih ada kekuatan pada dirinya. Kalau dia daif harta dia masih ada kekuatan lain dan kekuatan itu wajar digunakan untuk menolong Baginda. Kalau umat daif ilmu itu masih ada lagi kekuatan dan dan gunakanlah ekuatan itu untuk menolong baginda. Sepanjang Sirah, baginda telah ditolonh oleh berbagai-bagai  untuk menjayakan misinya menyampaikan risalah Islam ke seluruh alam ini. Yang pertama sentiasa menolong Baginda untuk menjayakan misinya menyebarkan Islam ialah Allah. Muhammad S.A.W diutus untuk menyebarkan Islam makan Baginda berhak mendapat pertolongan Allah maka misi dan risalahnya mendapat  kejayaan. Secara khususnya Allah menjanjikan bahwa sesiapa jua yang menolong menyebarkan agama Allah maka Allah pasti menolongnya.


      Kejayaan yang diperolehi oleh Rasul kita adalah setelah Baginda  berjaya menghadapi berbagai-bagai rintangan, onak dan duri, ombak dan badai dan  halangan. Oleh itu menjadi sunnah Allah bahawa kejayaan hanya didapati setelah kita cekal sabar dan sanggup menghadapi cabaran.






      Dalam bahasa yang mudah difahami perumpamaan Melayu mengatakan tiada yang bulat datang bergolek dan tiada yang pipih datang melayang. Itulah hakikat yang telah dihadapi oleh Muhammad dan sahabatnya kejayaannya bukan sahaja hasil usaha ketabahan dan kecekalan, kesabaran yang tinggi di samping sanggup menghadapi halangan dan rintangan baginda dibantu oleh angin dan malaikat. Dalam peristiwa Hijrah perpindahan Rasul dari Mekah tanah airnya ke Madinah kota yang didirikan banyak makhluk turut membantu bagi kejayaan peristiwa Hijrah itu. Antaranya pasir di bumi membantu Baginda dengan mncengkam kaki unta tunggangan musuhnya sehingga ,musuhnya rebah dan bangkit sebanyak 3 kali kerana cengkaman pasir. Setelah rebah dan bangkit tak mampu meneruskan perjalanannya hendak  membunuh  Rasul akhirnya musuh tadi mengangkat dan menghulurkan tangannnya kepada  Rasul dengan lidah dan mulut berkata:


“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Engkau Rasul Allah

      Makhluk lain yang pernah menolong Baginda walaupun dengan asset yang paling lemah iaitu labah-labah turut juga menolong Rasul walaupun dengan hanya jaringannya yang lemah. Tapi maksudnya menolong Muhammad S.A.W yang lemah tapi berpaut kepada Allah yang kuat akhirnya  seperti besi sehingga mmukau dan mengaburi mata dan akal musuh. Di mana jaring labah-labah tadi  menjadi benteng menolong dan melindungi Muhammad S.A.W yang sedang bersembunyi dalam Gua Thur dengan membuat sarang di permukaan pintu gua ini bertelur. Dengan sarang dan telur ini menutup pintu hati meusuh dari melihat dan memikirkan Muhammad berada dalam Gua ini. Malah ada Ulama berpendapat bahawa cicak pun menolong Baginda.









      Melihat bagaimana Makhluk makhluk di atas dari malaikat, angin, labah-labah pasir, merpati dan cicak pernah menolong Baginda. Tanyakan diri kita soalan; apa bentuk pertolongan yang hendak aku berikan kepada Rasul aku Muhammad S.A.W. Carilah jawapan itu ada pada diri umat ini dan diri saudara, hulurkan bantuan dan pertolongan kepada Baginda.



iv.   Mengikuti Cahaya (Al-Quran) Yang diturunkan Kepada Baginda.

     Dimensi terakhir iaitu dimensi keempat dalam siri beriman dengan Baginda ialah mengikuti cahaya Al-Quran Kitab yang diturunkan ke atas Baginda. Mengikuti cahaya yang diturunkan ke atas Baginda melibatkan puila beberapa dimensi sebagaia beriman dengan kitab Al-Quran. Beriman dengan kitab-kitab adalah merupakan salah satu dari rukun iman keenam. Beriman dengan kitab-kitab yang diturun dari langit. Kitab-kitab ini merupakan himpunan wahyu Allah kepada Rasul-rasul yang tertentu.


     Dalam hubungan ini umat kena beriman dengan kitab-kitab yang turun dari langit iaitu kitab Zabur Allah turunkan kepada Nabi Daud A.S. dan umatnya. Kitab Taurat Allah turunkan kepada  Nabi Musa A.S dan umatnya, Kitab Injil Allah turunkan kepada Nabi Isa A.S dan umatnya. Kitab Al-Quran Allah turunkankepada Naibi Muhammad. Kitab-kitab Al-Samayiah yakni kitab-kitab yang diturunkan dari langit mengandungi Hidayah, Nur cahaya, Rahmat dan keterangan tanda- tanda kebesaran Allah. Maka kewajipan kita menjadikan Al-Quran itu sebagai Petunjuk atau Hidayah dan Nur untuk menerangi dan menyuluh perjalanan hidup umat ini. Secara khususnya ada 5 kewajipan umat ke atas Al-Quran iaitu beriman dengan membacanya memakainya mengamalkan dan menyebarkannya.






     Inilah perkara terutama yang mesti difikirkan oleh umat ini dalam usaha mengadakan program maulid Al-Rasul pada setiap tahun. Umat kenalah menjawab dan melaksanakan tuntutan, terutama 4 perkara kepada Muhammad S.A.W iaitu beriman dengannya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya Kitab suci Al Quran yang diturunkan kepadanya.



PENUTUP

     Setelah membaca artikel ini diharapkan sebagai umat Muhammad S.A.W akan mendapat gambaran yang jelas mengenai tugas Muhammad S.A.W yang telah dilaksanakan dengan penuh cemerlang sehingga tiada ruang untuk diaudit untuk melihat kekurangan Baginda. Sampai masanya kita sedar dan insaf bahwa kita sebagai umat mempunyai empat tugas yang terutama yang tersebut di atas. Jadikanlah sambutan maulial Rasul setiap tahun itu bagi melengkapi tugas, di samping mengadakan usaha untuk berbangga dan bermegah sebagai umatnya dengan cara perarakan, selawat, pemberian anugerah dan sebagainya.



     Segala Pujian Bagi sekelaian Alam. Selawat Dan Salam kepada Rasulnya Muhammad S.A.W., kepada Para Sahabat. dan sekalian Keluarga Baginda, Segala Pujian Bagi Allah Sekalian Alam.


memori








Qiyamul Al-Alail

بسم الله الرحمن الرحيم


PANDUAN QIYAM AL-LAIL

Masalah sosial dan keruntuhan akhlak yang berlaku dalam sesebuah masyarakat atau negara menyebabkan masyarakat dan negara  tercabar. Bagi kita umat Islam fenomena ini dengan sendirinya merosakkan sendi-sendi agama dan sekaligus menjatuhkan maruah Islam.

Panduan ini membekalkan sedikit bahan dan panduan untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dan memohon pertolonganNya. Apabila kita mendekati Allah s.w.t dengan amalan-amalan sunat dan berdoa kepadaNya, Insya Allah, kita akan diterima oleh Allah s.w.t yang bersifat Pengampun lagi Penyayang. Allah akan melepaskan kita dari kesusahan dan kehinaan di dunia dan digantikan dengan kesejahteraan dan kemuliaan di dunia dan akhirat.

Semoga panduan  ini dapat memberi manfaat kepada semua golongan pembaca. Selamat membaca dan beramal, dan semoga dimakbulkan segala amalan kita. Amin.





Pendahuluan

Dalam dua dekad yang terakhir ini perkataan Qiyamu ‘allail telah begitu popular di kalangan orang Islam di Malaysia. Ini merupakan satu petanda yang sangat baik kerana kaum muslimin begitu cinta kepada Rasulullah dan mengikuti jejak langkah beginda serta menghayati amalan beginda.
Walaupun demikian, bukan semua orang faham apa yang dimaksudkan dengan Qiyamu ‘allail dan apa pula tujuan diadakan amalan sunat ini. Dalam risalah yang ringkas ini akan dinyatakan maksud serta tujuan Qiyamu ‘allaill dan cara-cara pelaksanaannya. Di samping itu dibawakan beberapa contoh dan kaifiyat solat yang biasa dilakukan untuk tujuan Qiyamu ‘allail. Semoga risalah yang kecil ini dapat membantu dan memberi manfaat bagi sekalian kaum muslimin.

Apa makna Qiyamu’allail?

Dari segi bahasa Qiyamu 'allail bemakna "Berdiri Malam" yang dimaksudkan dengan berdiri malam itu ialah berjaga malam atau bangun di tengah malam untuk melakukan ibadat, dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah dan mengharapkan keredhaanNya. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t dalam surah Al-Isra’:

ومن اليل فتهجد به نافلة لك عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا..

Terjemahannya:
"Dan pada sebahagian malam bertahajjudlah kepada Tuhanmu sebagai solat tambahan bagimu semoga Tuhanmu akan menempatkan kamu pada satu tingkat (maqam) yang terpuji".
         Surah al-lsra’: 79

Dalam ayat yang lain Allah s.w.t berfirman:

ومن اليل فاسجد له وسبحه ليلا طويلا..

Terjemahannya:   
"Dan pada sebahagian malam sujudlah kepadaNya (dengan mengerjakan solat), dan bertasbihlah (bersolat) pada sebahagian yang panjang dari waktu malam ".
                                                                              Surah al-Insan: 26
Dari dua ayat ini telah jelas bahawa Allah s.w.t rnenganjurkan hambaNya supaya bangun di tengah malam dan mengerjakan solat dan bertasbih. Rasulullah s.a.w, keluarga baginda dan sahabat-sahabat terus-menerus mengerjakan solat malam sebagai satu jalan untuk mendekati Allah s.w.t dan menyahut seruanNya seperti dalam dua ayat di atas.

Terdapat banyak hadis-hadis yang menceritakan tentang hal ini. Anlaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a:

عن عائشة رضى الله عنها قالت؛ كان النبي صلى الله عليه وسلم يقوم من الليل حتى تتفطر قدماه فقلت له لم تصنع هذا يا رسول الله وقد غفرلك ما تقدم من ذنبك وما تأخرقال: أفلا أكون عبدا شكورا.
(متفق عليه)

Terjemahannya:
Daripada Aisyah r.a. katanya: “Bahawa Rasulallah s.a.w. bangun di waktu malam, bersolat sehingga bengkak kedua-dua kakinya lalu aku berkata kepada baginda: "Kenapakah tuan lakukan semua ini ya Rasulullah? bukankah telah diampunkan segala dosamu yang dahulu dan yang terkemudian?" Sabda Rasulullah "Bukankah aku ini hamba yang bersyukur?".

Jelas, bahawa Rasulullah s.a.w. beribadat di waktu malam sehingga bengkak-bengkak kakinya adalah sebagai tanda kesyukuran baginda, kerana beginda dijamin sebagai hamba yang tidak berdosa. Baginda bersyukur kerana mendapat nikmat dan rahmat Allah s.w.t yang begitu besar. Amalan Rasulullah s.a.w itu sesungguhnya menjadi pengajaran kepada kita.
Baginda bukan beramal untuk dirinya sahaja, malah sebagai seorang rasul, baginda juga mengajak orang lain, khasnya anak menantu baginda, supaya sama-sama melakukan ibadat di waktu malam. Sayyidina Ali k.w meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengetuk rumahnya di waktu malam mengejutkan mereka supaya bangun dan mengerjakan solat malam.
وعن على رضى الله عنه أن النبى صلى الله عليه وسلم طرقه وفاطمة ليلا فقال: ألا تصليان.
(متفق عليه)
Terjemahannya:

Kecemerlangan

 MOTIVASI DAN KECEMERLANGAN DIRI

OLEH

DR HAJI MOHD ALI SARIPAN AL-HAFIZ

         
 Pendahuluan

               Lelaki dan wanita memainkan peranan penting di dalam usaha membangun Negara. Kedua dua nya  memainkan peranan yang sama penting; lelaki tidak boleh mendabik dada bahawa  ia adalah golongan yang penting untuk membangunkan Negara. Sebaliknya kaum wanita pula tidak juga boleh mengatakan bahawa ia adalah lebih penting  kerana pemimpin yang membangun Negara hari ini adalah lahir dari anak yang dibuai dengan tangan dan tunjuk ajarnya di sekolah. Hakikat ini ditegaskan oleh Allah di dalam Al Quran yang bermaksud; Ingatlah kita Tuhanmu berfirman kepada Malaikat, Aku menjadikan Khalifah diatas muka bumi ini (2:30). Manusia lelaki dan perempuan adalah Khalifah di atas muka bumi Allah mengurniakan kelebihan kepada lelaki dan perempuan yang tujuannya untuk lengkap melengkapi antara satu dengan lain.

Makna Kecemerlangan
                    Hakikat kecemerlangan yang dimaksudkan di dalam tulisan ini ialah kecemerlangan di dalam dua Negara iaitu didunia dan akhirat. Semasa di dunia ini Allah menuntut kita memburu dua (2) kecemerlangan iaitu kecemerlangan di dunia dan akhirat. Seperti firmannya pada 2: 201. Tuhan kami berikanlah kami dunia kebahagiaan dan akhirat kebahgiaan dan jauhkan kami dari api neraka. Di dalam AlQuran banyak Kisah dan contoh bangsa, kaum dan orang perseorangan yang cemerlang di dunia tapi menderita di akhirat. Kaum Samud dan Kaum Ad’ adalah contoh yang segar terpapar dalam Al Quran manakala Abu Lahab dan Firraun adalah contoh orang perseorangan yang cemerlang di Dunia manakala di akhirat menderita dibakar dan dipanggang diatas api neraka. Manakala contoh golongan yang cemerlang dipelihara oleh Allah juga di dalam Al Quran iaitu, Kecemerlangan Golongan Muhajirin dan Ansar yang cemerlang di dunia dan akhirat. Kecemerlangan mereka didunia sentiasa disebut sebut dan meniti nama mereka dibibir dan mulut umat hari ini, nama nama  seperti Abu Bakar Al Shidiq, Umar AlKhatab, Bilal bin Al-Rabah, Abdul Rahman Bin Auf, Puteri Syaidina Abu Bakar, Asma’ dan lain-lain lagi.

Pra syarat untuk cemerlang

                    Allah dengan sifat Rahmatnya memberi dan memandu manusia untuk mencapai kecemerlangan. Sebagai Kitab Hidayah Al Quran sarat dengan panduan yang tetap releven sepanjang masa di mana dan kepada siapa sahaja. Antara syarat kecemerlangan itu adalah;

1.               Mengenal Allah

                    Awal pertama syaratnya untuk cemerlang itu ialah manusia sebagai hambaNya mesti mengenal Rab’nya dan dirinya sebagai Makhluknya. Secara asasnya manusia sebagai makhluk wajib mengenal Allah dalam beberapa dimensi iaitu Allah sebagai Al Kahliq ; Allah sebagai Al wali, Allah sebagai Al Rabb dan Allah sebagai Al-llah. Firraun cemerlang sekejap sewaktu di dunia tetapi akhirnya  mati lemas di lautan di akhirat merana, juga kecemerlangan Abu Lahab di Dunia  akhirnya di Akhirat dipanggang di Api Neraka.

2.               Menghayati Islam
                   
                    Selain daripada mengenali Allah sebagai Al-Khaliq untuk cemerlang maka Allah menurunkan peraturanNya yang dinamakan Islam. Islam adalah satu agama; satu peraturan yang mengatur kehidupan cemerlang di dunia ini . Hanya Islam sahaja sebagai Agama atau peraturan yang Allah redha dan cara untuk mencapai kecemelangan. Allah menegaskan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai agama atau cara hidup maka Allah tidak menerimanya jauh sekali untuk mengatur kearah kecemerlangan.
                   
3.               Mengamalkan Kandungan AlQuran
                    Asas lain untuk kecemerlangan ialah Kitab Al Quran.  Al Quran sebagai kitab Hidayah yang sarat dengan panduan hidup semuanya menjurus kepada kecemerlang. Dalam masa tiga Kurun . Islam cemerlangan kerana umatnya mengunakan kitab AlQuran sebagai panduan hidup. Ternyata mereka cemerlang sehingga digeruni dan dicontohi oleh semua bangsa samada musuh atau sahabat.
                   

4.               Rasul Sebagai Contoh

                    Sebagai agama yang menganjurkan kecemerlangan maka sepanjang masa dan sepanjang zaman Allah mengutuskan Rasul –Rasul yang silih berganti untuk menunjuk dan memimpin umat nya kearah kecemerlangan . Secara praktikal Allah memberikan contoh yang patut dicontohi untuk berjaya dengan cemerlang iaitu dengan mencontohi perjuagan dan sifat-sifat yang  ada pada Rasul yang Allah kurniakan sebagai Uswah Hassanah ; contoh tauladan yang Unggul.

5.               Keimanan

                    Satu lagi asas untuk kecemerlangan ialah keimanan atau keyakinan akan adanya yang Ghaib. Meyakinkan  adanya yang Ghaib akan menjadikan kita lebih tanggunjawab dan berdisiplin  kerana takut kepada yang tak nampak. Yang tak nampak ditakuti dan yang nampak dihormati. Allah ditakuti, neraka ditakuti, siksa selepas mati ditakuti, pahala diharapkan dan dosa di jauhi, syurga di harapkan dan neraka dijauhi.
                    Kepercayaan kepada yang ghaib ini diyakini namanya iman. Orang yang cemerlang memulakan langkah dalam kehidupannya dengan menerapkan iman dalam  kegiatan dan  kehidupannya, mereka sentiasa  mengambilkira Imannya. Manusia Cemerlang ialah manusia yang sentiasa memikirkan untung rugi Imannya, menambah atau mengurang Imannya. Itulah pertimbangan dan perkiraan orang yang hendak cemerlang di dunia dan di akhirat.
                    Seseorang akan  cemerlang di dunia sahaja kalau ia tidak mengambilkira dan pertimbangan Iman. Itulah di antara perkara paling asas untuk kecemerlangan di dunia dan akhirat. Selain daripada pra syarat seperti yang disebutkan di atas terdapat banyak lagi syarat yang ditentukan oleh Al-Quran untuk  cemerlang di dunia dan di akhirat.  Antaranya:

6.               Penguasaan Ilmu

                    Sebagai Kitab panduan yang tiada keraguan untuk mencapai Hidayah dan untuk kecemerlangan, Al Quran menegaskan dengan jelas bahawa Allah akan hanya mengangkat martabat orang orang yang beriaman dan berilmu sahaja. Oleh itu  Ilmu dalam berbagai –bagai disiplin kehidupan. Ilmu adalah  kembar Iman. Penguasaan ilmu didalam berbagai bagai disiplin kehidupan, samada  ilmu asas yang dikenali  Fardu Ain atau Ilmu yang boleh membantu kesejahteraan dan pembangunan iaitu Ilmu Fardu Kifayah. Ilmu membuat Jambatan, highway, kedoktoran dan segala cabangnya, Ilmu perubatan, perkiraan adalah contoh ilmu Fardu Kifayah. Dalam zaman dunia tanpa sempadan ini Ilmu ICT, information, comunication dan technology adalah antara yang mesti dikuasai. Kalau kita mahu cemerlang samada didunia atau akhirat.



7.               Sedia menerima perubahan

                    Selain itu, persediaan dan kesanggupan kita untuk berubah adalah elemen penting. Ambillah semangat Hijrah yang dirayakan setiap tahun. Orang yang ingin cemerlang mestilah orang yang sedia untuk berubah. Berubah dirinya  kepada yang baik, yang baik kepada yang lebih baik, sedia berubah dari good kepada better dan best. Perubahan yang penting adalah perubahan sikap, citacita dan kesungguhan. Tiada lagi hijrah fisikal , yang ada ialah niat (sikap dan keinginan ) dan laksanakan dengan sungguh sungguh ( maksud hadis). Allah dengan tegas menyatakan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubahnya (maksud 13:11). Seperkara lagi yang tidak kurang  penting untuk cemerlang itu ialah kebijaksanaan seseorang itu mengator dan menyusun elemen elemen kecemerlangan tadi. Susun  dengan  atur cara  yang rapi sehingga jalinan itu tersusun rapi dan tiada pembaziran masa, tenaga dan kewangan. Ilmu yang mengatur dan menyusun ini semua dikenali dalam bahasa orang putih “Ilmu Managment”. dalam bahasa melayu dipanggil ilmu pengurusan.

                    Pengurusan ini melibatkan semua aktiviti kehidupan sejak dalam kandungan hingga bayi lahir ke dunia sehingga ia mati  dikuburkan. Semua itu melibatkan aktiviti aktiviti pengurusan. Terlalu banyak aktiviti pengurusan yang hendak di catatkan. Antaranya membentuk visi, misi objektif dan matlamat. Pembentukan matlamat diatas diikuti dengan kemahiran membuat perubahan, gaya kepimpinan, kemahiran menyampaikan fikiran, dalam bahasa managmentnya disebut kemahiran dalam bidang “Public Speaking”. Bidang pengurusan adalah bidang yang amat luas dan iannya merupakan sifat-sifat sokongan kepada asas asas kecemerlangan  yang disebutkan di atas tadi. Kecemerlangan dalam mengurus sesuatu projek atau aktiviti melibatkan kemahiran asas iaitu merancang , mengatur perancangan sumber manusia kemahiran menentu arahtuju, kemahiran mengawal pekerja mengkeordinasi, kemahiran membuat bajet atau peruntukan kewangan dan membuat lapuran untuk penilaian semula.
                   
8. Kepimpinan

                    Selain daripada   prasyarat, ramuan dan pengurusan untuk mencapai kecemerlangan seperti yang disebutkan diatas, terdapat satu lagi faktor untuk mencapai kecemerlangan ialah faktor pemimpin dan kepimpinan. Pemimpin adalah manusia perseorangan atau individu yang di lantik menjadi pemimpin. Pemimpin mereka mestilah mampu memimpin dirinya sendiri. Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin berjaya memimpin dirinya sendiri terlebih dahulu. Setelah berjaya memimpin dirinya barulah cerah potensinya untuk memimpin orang lain. Memimpin diri itu melibatkan memimpin Nafsu, memimpin Hati , Akal dan Roh. Pemimpin   mestilah sentiasa ada vision, ke mana arah hendak dibawanya orang-orang di bawah kepimpinannya.
                    Al Quran memberi panduan mengenai kriteria utama pemimpin itu seperti disebut pada surah 5 ayat 55(5:55).”sesungguhnya Pemimpin kamu ialah Allah dan Rasul. Dua pemimpin iaitu Allah dan Rasul merupakan pemimpin yang wajib ditaati tanpa sebarang syarat. Rasul telah menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang amat unggul dan sepatutnya
dicontohi untuk menerajui kecemerlangan. Pemimpin yang ketiga ialah orang mukmin, bukan semua mukmin boleh memimpin secara cemerlang, kecuali mukmin yang mempunyai tiga (3 ) syarat asas itu;- mukmin yang sentiasa mendirikan solat bermakna sentiasa menunaikan janji, mukmin yang sentiasa memberi zakat bermakna juga pemimpin yang sentiasa sangup dan mampu mengkorbankan wang ringgit, masa, tenaga dan fikiran. Mukmin yang sentiasa ruku’ bermakna juga pemimpin yang sentiasa mengutamakan orang ramai dari dirinya , mengutamakan kepentingan awam daripada dirinya, mengutamakan negara, persatuan,  pertubuhan orang ramai daripada dirinya. Pemimpin yang cemerlang sentiasa menghayati slogan FIRST –CLASS;

F : Flexible – Fleksibel
I : Integrity- Integriti
R: Responsible –Bertanggunjawab
S: Service Oriented- Berpacukan Perkhidmatan
T: Trusted –Dipercayai


C: Cost Effectiive- Kos Efektif
L : Learning Organisation – Organisasi Pembelajaran
A: Ambitious – Bercita –cita Tinggi
S : Skilled- Berkemahiran Tinggi
S : Speedy - Pantas





9. Keseimbangan

                      Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang berjaya mengimbangi antara tuntutan jasmani , antara keluarga dan masyarakat; diantara kerjaya dan rumahtangga. Dalam aspek yang  lebih luas lagi, Pemimpin yang cemerlang itu ialah pemimpin yang dapat memenuhi tuntutan Khaliq, tuntutan negara, makhluk dan alam sekitar.


10. Penutup

                    Kecemerlangan adalah fitrah, semua orang. Semua orang ingin cemerlang. Allah menganjurkan supaya kita mencari kecemerlangan didalam dua (2) negara iaitu di Dunia dan Akhirat. Namun tidak mudah hendak cemerlang; bukan senang untuk senang. Kesemuanya akan dapat dicapai dengan panduan yang di beri dan contoh ; seperti yang tidak kurang penting ialah persediaan dan kemahuan untuk berubah sikap. Malaysia sudah cemerlang kerana telah menpunyai prasarana fizikal yang cemerlang, seperti Highway. Untuk membimbing kecemerlangan ini Malaysia mesti membina modal Insan yang bersikap First Class. Kesemua ini dapat dikecapi dengan syarat semua rakyat sedia untuk berubah ke arah kecemerlangan. Bersedialah untuk berubah .
                    Allah tidak akan mengubah keadaan nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubahnya. Allah jadikan negara ini negara yang makmur dan cemerlang, gemilang dan terbilang dan sentiasa mendapat keampunan Tuhan. Hasrat dan cita cita ini  dapat di nikmati dengan syarat  tiada seorang yang  mendabik dada dia adalah lebih baik dari yang lain. Lelaki dan wanita berganding bahu sama sama mengejar kecemerlangan, kerana wanita dan lelaki masing masing ada kelebihan yang telah ditentukan oleh Allah. Satu lagi ciri ciri kecemelangan itu ialah kebebasan untuk memilih, menerima dan melaksanakan sesuatu perancangan.
                   
                    Kebebasan yang dimaksudkan ialah kebebasan yang dibenarkan oleh Allah dalam ruang ruang yang tertentu. Kecemerlangan bangsa itu adalah kekebasan menentukan arah tuju, kebebasan menentukan corak kepimpinan bukan yang dipaksa untuk menerima corak kepimpinan. Kebebasan untuk menentukan dan mengatur arahtuju bagi pembangunan ekonomi; bukan  dipaksa mengikut cara mereka. Kebebasan untuk menentukan corak kerajaan, politik, ekonomi adalah sebagai menjadi syarat syarat kecemerlangan.