Wednesday 27 April 2011

Kecemerlangan

 MOTIVASI DAN KECEMERLANGAN DIRI

OLEH

DR HAJI MOHD ALI SARIPAN AL-HAFIZ

         
 Pendahuluan

               Lelaki dan wanita memainkan peranan penting di dalam usaha membangun Negara. Kedua dua nya  memainkan peranan yang sama penting; lelaki tidak boleh mendabik dada bahawa  ia adalah golongan yang penting untuk membangunkan Negara. Sebaliknya kaum wanita pula tidak juga boleh mengatakan bahawa ia adalah lebih penting  kerana pemimpin yang membangun Negara hari ini adalah lahir dari anak yang dibuai dengan tangan dan tunjuk ajarnya di sekolah. Hakikat ini ditegaskan oleh Allah di dalam Al Quran yang bermaksud; Ingatlah kita Tuhanmu berfirman kepada Malaikat, Aku menjadikan Khalifah diatas muka bumi ini (2:30). Manusia lelaki dan perempuan adalah Khalifah di atas muka bumi Allah mengurniakan kelebihan kepada lelaki dan perempuan yang tujuannya untuk lengkap melengkapi antara satu dengan lain.

Makna Kecemerlangan
                    Hakikat kecemerlangan yang dimaksudkan di dalam tulisan ini ialah kecemerlangan di dalam dua Negara iaitu didunia dan akhirat. Semasa di dunia ini Allah menuntut kita memburu dua (2) kecemerlangan iaitu kecemerlangan di dunia dan akhirat. Seperti firmannya pada 2: 201. Tuhan kami berikanlah kami dunia kebahagiaan dan akhirat kebahgiaan dan jauhkan kami dari api neraka. Di dalam AlQuran banyak Kisah dan contoh bangsa, kaum dan orang perseorangan yang cemerlang di dunia tapi menderita di akhirat. Kaum Samud dan Kaum Ad’ adalah contoh yang segar terpapar dalam Al Quran manakala Abu Lahab dan Firraun adalah contoh orang perseorangan yang cemerlang di Dunia manakala di akhirat menderita dibakar dan dipanggang diatas api neraka. Manakala contoh golongan yang cemerlang dipelihara oleh Allah juga di dalam Al Quran iaitu, Kecemerlangan Golongan Muhajirin dan Ansar yang cemerlang di dunia dan akhirat. Kecemerlangan mereka didunia sentiasa disebut sebut dan meniti nama mereka dibibir dan mulut umat hari ini, nama nama  seperti Abu Bakar Al Shidiq, Umar AlKhatab, Bilal bin Al-Rabah, Abdul Rahman Bin Auf, Puteri Syaidina Abu Bakar, Asma’ dan lain-lain lagi.

Pra syarat untuk cemerlang

                    Allah dengan sifat Rahmatnya memberi dan memandu manusia untuk mencapai kecemerlangan. Sebagai Kitab Hidayah Al Quran sarat dengan panduan yang tetap releven sepanjang masa di mana dan kepada siapa sahaja. Antara syarat kecemerlangan itu adalah;

1.               Mengenal Allah

                    Awal pertama syaratnya untuk cemerlang itu ialah manusia sebagai hambaNya mesti mengenal Rab’nya dan dirinya sebagai Makhluknya. Secara asasnya manusia sebagai makhluk wajib mengenal Allah dalam beberapa dimensi iaitu Allah sebagai Al Kahliq ; Allah sebagai Al wali, Allah sebagai Al Rabb dan Allah sebagai Al-llah. Firraun cemerlang sekejap sewaktu di dunia tetapi akhirnya  mati lemas di lautan di akhirat merana, juga kecemerlangan Abu Lahab di Dunia  akhirnya di Akhirat dipanggang di Api Neraka.

2.               Menghayati Islam
                   
                    Selain daripada mengenali Allah sebagai Al-Khaliq untuk cemerlang maka Allah menurunkan peraturanNya yang dinamakan Islam. Islam adalah satu agama; satu peraturan yang mengatur kehidupan cemerlang di dunia ini . Hanya Islam sahaja sebagai Agama atau peraturan yang Allah redha dan cara untuk mencapai kecemelangan. Allah menegaskan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai agama atau cara hidup maka Allah tidak menerimanya jauh sekali untuk mengatur kearah kecemerlangan.
                   
3.               Mengamalkan Kandungan AlQuran
                    Asas lain untuk kecemerlangan ialah Kitab Al Quran.  Al Quran sebagai kitab Hidayah yang sarat dengan panduan hidup semuanya menjurus kepada kecemerlang. Dalam masa tiga Kurun . Islam cemerlangan kerana umatnya mengunakan kitab AlQuran sebagai panduan hidup. Ternyata mereka cemerlang sehingga digeruni dan dicontohi oleh semua bangsa samada musuh atau sahabat.
                   

4.               Rasul Sebagai Contoh

                    Sebagai agama yang menganjurkan kecemerlangan maka sepanjang masa dan sepanjang zaman Allah mengutuskan Rasul –Rasul yang silih berganti untuk menunjuk dan memimpin umat nya kearah kecemerlangan . Secara praktikal Allah memberikan contoh yang patut dicontohi untuk berjaya dengan cemerlang iaitu dengan mencontohi perjuagan dan sifat-sifat yang  ada pada Rasul yang Allah kurniakan sebagai Uswah Hassanah ; contoh tauladan yang Unggul.

5.               Keimanan

                    Satu lagi asas untuk kecemerlangan ialah keimanan atau keyakinan akan adanya yang Ghaib. Meyakinkan  adanya yang Ghaib akan menjadikan kita lebih tanggunjawab dan berdisiplin  kerana takut kepada yang tak nampak. Yang tak nampak ditakuti dan yang nampak dihormati. Allah ditakuti, neraka ditakuti, siksa selepas mati ditakuti, pahala diharapkan dan dosa di jauhi, syurga di harapkan dan neraka dijauhi.
                    Kepercayaan kepada yang ghaib ini diyakini namanya iman. Orang yang cemerlang memulakan langkah dalam kehidupannya dengan menerapkan iman dalam  kegiatan dan  kehidupannya, mereka sentiasa  mengambilkira Imannya. Manusia Cemerlang ialah manusia yang sentiasa memikirkan untung rugi Imannya, menambah atau mengurang Imannya. Itulah pertimbangan dan perkiraan orang yang hendak cemerlang di dunia dan di akhirat.
                    Seseorang akan  cemerlang di dunia sahaja kalau ia tidak mengambilkira dan pertimbangan Iman. Itulah di antara perkara paling asas untuk kecemerlangan di dunia dan akhirat. Selain daripada pra syarat seperti yang disebutkan di atas terdapat banyak lagi syarat yang ditentukan oleh Al-Quran untuk  cemerlang di dunia dan di akhirat.  Antaranya:

6.               Penguasaan Ilmu

                    Sebagai Kitab panduan yang tiada keraguan untuk mencapai Hidayah dan untuk kecemerlangan, Al Quran menegaskan dengan jelas bahawa Allah akan hanya mengangkat martabat orang orang yang beriaman dan berilmu sahaja. Oleh itu  Ilmu dalam berbagai –bagai disiplin kehidupan. Ilmu adalah  kembar Iman. Penguasaan ilmu didalam berbagai bagai disiplin kehidupan, samada  ilmu asas yang dikenali  Fardu Ain atau Ilmu yang boleh membantu kesejahteraan dan pembangunan iaitu Ilmu Fardu Kifayah. Ilmu membuat Jambatan, highway, kedoktoran dan segala cabangnya, Ilmu perubatan, perkiraan adalah contoh ilmu Fardu Kifayah. Dalam zaman dunia tanpa sempadan ini Ilmu ICT, information, comunication dan technology adalah antara yang mesti dikuasai. Kalau kita mahu cemerlang samada didunia atau akhirat.



7.               Sedia menerima perubahan

                    Selain itu, persediaan dan kesanggupan kita untuk berubah adalah elemen penting. Ambillah semangat Hijrah yang dirayakan setiap tahun. Orang yang ingin cemerlang mestilah orang yang sedia untuk berubah. Berubah dirinya  kepada yang baik, yang baik kepada yang lebih baik, sedia berubah dari good kepada better dan best. Perubahan yang penting adalah perubahan sikap, citacita dan kesungguhan. Tiada lagi hijrah fisikal , yang ada ialah niat (sikap dan keinginan ) dan laksanakan dengan sungguh sungguh ( maksud hadis). Allah dengan tegas menyatakan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubahnya (maksud 13:11). Seperkara lagi yang tidak kurang  penting untuk cemerlang itu ialah kebijaksanaan seseorang itu mengator dan menyusun elemen elemen kecemerlangan tadi. Susun  dengan  atur cara  yang rapi sehingga jalinan itu tersusun rapi dan tiada pembaziran masa, tenaga dan kewangan. Ilmu yang mengatur dan menyusun ini semua dikenali dalam bahasa orang putih “Ilmu Managment”. dalam bahasa melayu dipanggil ilmu pengurusan.

                    Pengurusan ini melibatkan semua aktiviti kehidupan sejak dalam kandungan hingga bayi lahir ke dunia sehingga ia mati  dikuburkan. Semua itu melibatkan aktiviti aktiviti pengurusan. Terlalu banyak aktiviti pengurusan yang hendak di catatkan. Antaranya membentuk visi, misi objektif dan matlamat. Pembentukan matlamat diatas diikuti dengan kemahiran membuat perubahan, gaya kepimpinan, kemahiran menyampaikan fikiran, dalam bahasa managmentnya disebut kemahiran dalam bidang “Public Speaking”. Bidang pengurusan adalah bidang yang amat luas dan iannya merupakan sifat-sifat sokongan kepada asas asas kecemerlangan  yang disebutkan di atas tadi. Kecemerlangan dalam mengurus sesuatu projek atau aktiviti melibatkan kemahiran asas iaitu merancang , mengatur perancangan sumber manusia kemahiran menentu arahtuju, kemahiran mengawal pekerja mengkeordinasi, kemahiran membuat bajet atau peruntukan kewangan dan membuat lapuran untuk penilaian semula.
                   
8. Kepimpinan

                    Selain daripada   prasyarat, ramuan dan pengurusan untuk mencapai kecemerlangan seperti yang disebutkan diatas, terdapat satu lagi faktor untuk mencapai kecemerlangan ialah faktor pemimpin dan kepimpinan. Pemimpin adalah manusia perseorangan atau individu yang di lantik menjadi pemimpin. Pemimpin mereka mestilah mampu memimpin dirinya sendiri. Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin berjaya memimpin dirinya sendiri terlebih dahulu. Setelah berjaya memimpin dirinya barulah cerah potensinya untuk memimpin orang lain. Memimpin diri itu melibatkan memimpin Nafsu, memimpin Hati , Akal dan Roh. Pemimpin   mestilah sentiasa ada vision, ke mana arah hendak dibawanya orang-orang di bawah kepimpinannya.
                    Al Quran memberi panduan mengenai kriteria utama pemimpin itu seperti disebut pada surah 5 ayat 55(5:55).”sesungguhnya Pemimpin kamu ialah Allah dan Rasul. Dua pemimpin iaitu Allah dan Rasul merupakan pemimpin yang wajib ditaati tanpa sebarang syarat. Rasul telah menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang amat unggul dan sepatutnya
dicontohi untuk menerajui kecemerlangan. Pemimpin yang ketiga ialah orang mukmin, bukan semua mukmin boleh memimpin secara cemerlang, kecuali mukmin yang mempunyai tiga (3 ) syarat asas itu;- mukmin yang sentiasa mendirikan solat bermakna sentiasa menunaikan janji, mukmin yang sentiasa memberi zakat bermakna juga pemimpin yang sentiasa sangup dan mampu mengkorbankan wang ringgit, masa, tenaga dan fikiran. Mukmin yang sentiasa ruku’ bermakna juga pemimpin yang sentiasa mengutamakan orang ramai dari dirinya , mengutamakan kepentingan awam daripada dirinya, mengutamakan negara, persatuan,  pertubuhan orang ramai daripada dirinya. Pemimpin yang cemerlang sentiasa menghayati slogan FIRST –CLASS;

F : Flexible – Fleksibel
I : Integrity- Integriti
R: Responsible –Bertanggunjawab
S: Service Oriented- Berpacukan Perkhidmatan
T: Trusted –Dipercayai


C: Cost Effectiive- Kos Efektif
L : Learning Organisation – Organisasi Pembelajaran
A: Ambitious – Bercita –cita Tinggi
S : Skilled- Berkemahiran Tinggi
S : Speedy - Pantas





9. Keseimbangan

                      Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang berjaya mengimbangi antara tuntutan jasmani , antara keluarga dan masyarakat; diantara kerjaya dan rumahtangga. Dalam aspek yang  lebih luas lagi, Pemimpin yang cemerlang itu ialah pemimpin yang dapat memenuhi tuntutan Khaliq, tuntutan negara, makhluk dan alam sekitar.


10. Penutup

                    Kecemerlangan adalah fitrah, semua orang. Semua orang ingin cemerlang. Allah menganjurkan supaya kita mencari kecemerlangan didalam dua (2) negara iaitu di Dunia dan Akhirat. Namun tidak mudah hendak cemerlang; bukan senang untuk senang. Kesemuanya akan dapat dicapai dengan panduan yang di beri dan contoh ; seperti yang tidak kurang penting ialah persediaan dan kemahuan untuk berubah sikap. Malaysia sudah cemerlang kerana telah menpunyai prasarana fizikal yang cemerlang, seperti Highway. Untuk membimbing kecemerlangan ini Malaysia mesti membina modal Insan yang bersikap First Class. Kesemua ini dapat dikecapi dengan syarat semua rakyat sedia untuk berubah ke arah kecemerlangan. Bersedialah untuk berubah .
                    Allah tidak akan mengubah keadaan nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubahnya. Allah jadikan negara ini negara yang makmur dan cemerlang, gemilang dan terbilang dan sentiasa mendapat keampunan Tuhan. Hasrat dan cita cita ini  dapat di nikmati dengan syarat  tiada seorang yang  mendabik dada dia adalah lebih baik dari yang lain. Lelaki dan wanita berganding bahu sama sama mengejar kecemerlangan, kerana wanita dan lelaki masing masing ada kelebihan yang telah ditentukan oleh Allah. Satu lagi ciri ciri kecemelangan itu ialah kebebasan untuk memilih, menerima dan melaksanakan sesuatu perancangan.
                   
                    Kebebasan yang dimaksudkan ialah kebebasan yang dibenarkan oleh Allah dalam ruang ruang yang tertentu. Kecemerlangan bangsa itu adalah kekebasan menentukan arah tuju, kebebasan menentukan corak kepimpinan bukan yang dipaksa untuk menerima corak kepimpinan. Kebebasan untuk menentukan dan mengatur arahtuju bagi pembangunan ekonomi; bukan  dipaksa mengikut cara mereka. Kebebasan untuk menentukan corak kerajaan, politik, ekonomi adalah sebagai menjadi syarat syarat kecemerlangan.



No comments:

Post a Comment